Assalamualaikum,..kembali lagi dalam SCONNER,,
baiklah bagi ruangan ini pula, kita akan cuba mendalami lukisan Isometri..penah dengar tak??..kalau xpnah dengar, jom kita cuba belajar...
Isometri tu apa erk??
Isometrik berasal dari bahasa yunani yang membawa maksud ‘iso’ bererti sama dan ‘metrik’ bererti ukuran dan dijadikan sama ukuran. Cara melukis yang mempunyai ukuran yang sama.
Adalah lukisan piktorial atau lukisan bergambar yang dapat memberi maklumat dan gambaran objek dengan lebih jelas.
Ia dapat menunjukkan bentuk sesuatu objek dalam 3 dimensi (3D) melalui pelan, pandangan hadapan, dan pandangan sisi.

Garisan Isometri
- Semua garisan yang selari dengan paksi-paksi isometri dinamakan garisan isometri.
- Garisan yang tidak selari dengan paksi-paksi isometrik dinamakan garisan bukan isometri.
Paksi Lukisan Isometri
- Dilukis berpandukan tiga paksi asas iaitu paksi tegak dan dua paksi condong.
- Paksi A ialah paksi tegak yang bersudut 90° dengan satah mendatar. Paksi B dan paksi C ialah paksi condong yang bersudut 30° dengan satah mendatar di kiri kanan paksi tegak
Bulatan dalam isometri
- Bulatan dalam isometri dilihat dalam bentuk elips.
Ini adalah video-video berkaitan dgn lukisan isometri...jom kita tengok untuk lebih informasi....
~ANDA BELAJAR, ANDA DAPAT~
No comments:
Post a Comment