Assalamualaikum...
dah tau ke kali ni kita nk belajar apa??..hahh pandai pon...mesti la lukisan Oblik pulak...mcm mna dgn unjuran ortografik??...smua msti dah boleh faham kan??...good2
jom kita terus dengan Oblik pulak,,,
Menatang apa Oblik nii??...ish3..ni bukan menatang la..oblik ni pon salah satu lukisan teknik jugak..
moh ler belajor...!!
- Lukisan oblik merupakan kaedah mempamerkan objek atau bentuk secara bergambar dalam tiga dimensi.
- Juga dikenali sebagai unjuran serong.
- Objek oblik mempunyai pelan permukaan kiub yang selari dan 2 permukaan yang condong berdasarkan kepada condongan sudut objek.
- Kebiasaannya paksi belakang menggunakan sudut 30⁰, 45⁰, atau 60⁰.
- Paksi mendatar adalah yang bersudut tepat dengan sesuatu garisan pada paksi menegak.
- Unjuran kavalier menggunakan ukuran sebenar pada bahagian satah dan unjuran.
- Unjuran kabinet menggunakan ½ daripada ukuran sebenar.
- Oblik am menggunakan ¾ daripada ukuran sebenar.
- Mudah dilukis berbanding isometri.
- Menggunakan satu sudut sahaja (30⁰, 45⁰, atau 60⁰).
- Bulatan boleh dielakkan dari dilukis secara elips.
- Dilukis berpandukan tiga paksi.
- Ambil arah yang dapat menunjukkan bulatan sebagai bulatan.
- Jika perlu, putarkan kedudukan objek.
- Pilih ikut kesesuian bentuk objek dan bilangan objek (details) di permukaannya.
- Sudut yang besar untuk mempamerkan butiran pada permukaan atas.
- Sudut kecil digunakan untuk mempamerkan bentuk yang lebih jelas pada permukaan tepi.
- Lukis bentuk 4 segi dari arah kiri seperti gambar dibawah.
- Lukis paksi belakang mengikut sudut yang sesuai.
- Lukis paksi menegak dan mendatar dibahagian belakang objek
Akhirnya jadilah kiub kita
Jom tengok video ni untuk lebih faham...^_^
~MUDAH KAN??~
No comments:
Post a Comment