Lukisan Teknik

Apa itu Lukisan Teknik?

Lukisan Teknik atau juga dikenali sebagai lukisan kejuruteraan adalah cara untuk menghasilkan lukisan pelan yang mengambarkan dengan tepat sesuatu objek teknikal, seni bina dan kejuruteraan. Dengan kata lain lukisan kejuruteraan merupakan alat komunikasi atau bahasa perhubungan di kalangan mereka yang terlibat dengan dunia kejuruteraan.

Sebenarnya lukisan teknik merupakan satu bahasa grafik yang memberikan seribu makna.

Malah, lukisan ini memudahkan sesuatu bentuk atau benda yang direka difahami dengan tepat jelas disamping
bersih, kemas dan pantas.

Lukisan ini juga merupakan panduan dalam pembuatan, ianya membolehkan kita membuat anggaran kos dan  
ketahanan sesuatu rekabentuk yang akan kita bangunkan ataupun yang akan kita bina.

Pecahan Lukisan Teknik

okhei,,lukisan teknik ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
1. Lakaran
2. Lukisan geometri
      - Satah
     Unjuran Ortografik
      - Bongkah
      - Lukisan piktorial seperti lukisan perspektif, isometri, oblik dan himpunan/  
         pemasangan.
3. Lukisan berkaitan bidang berkenaan

No comments:

Post a Comment