Unjuran Ortografik

Assalamualaikum...
baiklah...dalam ruangan ini kita akan mengetahui tentang unjuran ortografik pula...sebelum itu kenal dulu apa itu unjuran ortografik...

Lukisan Unjuran  ortografik bolehlah dianggapkan  sebagai  lukisan dua dimensi kerana  objek  yang  dilukis  dengan  kaedah  ini  akan memberikan  dua  dimensi ukuran iaitu lebar dan tinggi, atau panjang dan  tinggi  sesuatu objek. 

Perkataan    unjuran  seringkali  digunakan  dalam  lukisan  pandangan  ortografik bagi  menggambarkan  kaedah  bagaimana  lukisan  itu  dibina.

Sesuatu  arah pandangan objek yang dilihat akan diunjurkan ke suatu permukaan atau rataan yang  bersudut  tepat  dengan  objek  itu.  Dari  rataan  ini  bentuk  pandangan  itu diperolehi. Ini bererti bentuk  lengkung dan sudut mungkin berupa garisan  lurus dari sesuatu arah pandangan. 

Terdapat dua prinsip unjuran yang digunakan dalam unjuran ortografik iaitu prinsip unjuran berpusat  seperti dalam rajah 1.0 dan prinsip unjuran selari seperti dalam rajah 2.0.

Rajah 1.0 Prinsip unjuran berpusat



Rajah 2.0 Prinsip unjuran selari

KONSEP UNJURAN ORTOGRAFIK   
Pandangan ortografik ditakrifkan sebagai satu cara untuk mempersembahkan objek 3D dalam 2D (detail yang jelas kiri, kanan, atas)

Satu lukisan untuk setiap muka objek ( pandangan pelan, hadapan dan sisi ) sebelum digabungkan dalam satu persembahan mengikut susunan khas.

Unjuran Ortografik berdasarkan kepada tiga konsep utama iaitu 
  1. Arah pandangan 
  2. Satah unjuran
  3. Objek ( benda yang dilukis )  
Arah pandangan 
Berdasarkan kepada konsep arah pandangan, setiap pandangan ortografik dapat dihasilkan dengan mengunjurkan garisan – garisan unjuran yang bersudut tepat kepada satah unjuran dari objek berkenaan. Pandangan yang dihasilkan pada satah unjuran  hadapan dinamakan pandangan hadapan, seperti dalam rajah 3.0.

Rajah 3.0  Pandangan hadapan

Mengikut konsep unjuran, tiap – tiap pandangan memerlukan satu satah unjuran. Oleh itu jika satu satah unjuran yang mengufuk diletakkan di atas objek, satu lagi pandangan boleh diunjurkan pada satah tersebut. Pandangan ini dinamakan pandangan atas, seperti dalam rajah 4.0.



Rajah 4.0 Pandangan hadapan dan pandangan atas  


Satu lagi arah pandangan diperlukan bagi melengkapkan  gambaran sepenuhnya sesuatu objek. Iaitu pandangan  sisi kanan, seperti dalam rajah 5.0.


Rajah 5.0 Pandangan atas, hadapan dan sisi


Sebenarnya jika sesuatu objek dibayangkan terletak di dalam satu kotak kaca, permukaan kotak itu boleh dianggap sebagai satah unjuran.Sebanyak enam pandangan  yang dapat ditunjukkan pada permukaan kaca itu, Keenam – enam pandangan ini dinamakan pandangan ortografik utama, seperti dalam rajah 6.0.


Rajah 6.0 Pandangan utama ortografik   

Satah Unjuran
Konsep Ortografik ternyatalah menggunakan satah unjuran dan pandangan objek yang diunjurkan pada satah tersebut. Satah unjuran utama terdiri daripada dua jenis, iaitu satah tegak dan satah mengufuk. Persilangan antara satah unjuran ini menghasilkan empat sukuan, seperti dalam rajah 7.0.


 Rajah 7.0 Satah unjuran dan sudut unjuran ortografik

Objek ( benda yang dilukis )   
Objek adalah benda yang akan dilukis dalam unjuran pertama atau unjuran ketiga. Objek yang dilukis biasanya mempunyai beberapa bentuk  yang akan menguji pelukis dalam mendapatkan setiap pandangan, seperti rajah 8.0


 Rajah 8.0 Contoh objek

JENIS-JENIS PANDANGAN UNJURAN ORTOGRAFIK:
  1. Pandangan atas (pelan)
  2. Pandangan depan (hadapan) 
  3. Pandangan sisi (samping)
Pelan  
Pandangan pelan atau pandangan atas menunjukkan bahagian atas sesuatu objek tetapi ini tidak bermakna pandangan dari arah bawah tidak terpilih.  Pandangan pelan yang dipilih masih mengutamakan arah pandangan yang dapat menunjukkan bentuk  –  bentuk objek dengan garisan nyata lebih banyak daripada garisan tersembunyi, tetapi kelazimannya arah pandangan yang dipilih ialah dari sebelah atas. Pandangan dari arah ini dapat menunjukkan ukuran panjang dan lebar objek, seperti rajah 9.0.



Rajah 9.0 Pandangan arah pelan

Hadapan   
Arah pandangan hadapan sesuatu objek dipilih berdasarkan arah yang dapat menunjukkan ukuran panjang dan tinggi  keseluruhaan sesuatu objek sesuai dengan kedudukan objek itu, seperti dalam rajah 10.0. Pemilihan arah ini juga mengambil kira arah yang boleh menampakkan bahagian – bahagian objek secara terus bukan secara tersembunyi, atau dalam istilah lukisan bahagian – bahagian ini paling banyak diwakili oleh garisan nyata dan bukannya garisan tersembunyi.


Rajah 10.0 Pandangan arah hadapan

Sisi   
Arah pandangan sisi yang dipilih biasanya mewakili dimensi lebar dan tinggi objek itu. Pemilihan arah pandangan sisi ini bergantung pada arah mana yang dapat menunjukkan bahagian – bahagian objek yang lebih banyak dengan garisan nyata berbanding dengan garisan tersembunyi, seperti dalam rajah 11.0.


Rajah 11.0 Pandangan arah sisi

baiklah, setelah mengetahui apa itu unjuran ortografik, jom kita lihat apa jenis-jenisnya, bagaimana ia dilukis??

JENIS-JENIS UNJURAN ORTOGRAFIK
Unjuran ortografik boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu : 
  i.  Unjuran sudut pertama
 ii.  Unjuran sudut ketiga

Jenis yang pertama iaitu Pandangan Unjuran Sudut Ketiga

Unjuran sudut ketiga kadang kala dikenali juga sebagai unjuran Amerika. Penggunaan unjuran ini lebih meluas dan lebih popular berbanding unjuran lain. 

Kedudukan pandangan sudut ketiga pula dijelaskan bahawa arah pandangan pelan (atas) berada di atas dan selari dengan pandangan hadapan dibawah, manakala kedudukan pandangan sisi (samping) pula berada sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan.






Simbol bagi sudut pandangan ketiga :






Dalam lukisan unjuran sudut ketiga, objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga. Satah – satah yang berada dalam sudut ini dibayangkan seolah – olah diperbuat daripada bahan lutcahaya untuk membolehkan objek itu dilihat menembusi satah – satah utamanya dari arah anak panah A, B dan C.

Ketiga – tiga arah pandangan bagi objek ini  akan diunjurkan ke hadapan objek sehingga mengenai dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh anak panah kecil, seperti dalam rajah 12.0.

Rajah 12.0 Tiga pandangan dalam unjuran sudut ketiga


Contoh - contoh lain unjuran sudut ketiga:










Dan yang ini pula ialah Unjuran Sudut Pertama/ Unjuran Inggeris


Unjuran sudut pertama merupakan unjuran yang terawal dan tertua digunakan dalam lukisan kejuruteraan.

Lukisan dalam sudut unjuran ini dianggap sebagai unjuran piawai tradisi British dan Eropah untuk kegunaan para arkitek dan jurutera.

Satah – satah utama yang terdapat dalam sudut ini mempunyai namanya yang tersendiri, sesuai dengan peranannya. Kesemua satah ini bertemu antara satu dengan lain pada sudut tepat.

Rajah 1.0 menunjukkan contoh lukisan bergambar untuk sebuah objek padu. Jika objek ini dilihat dari anak panah A, pandangan yang diperolehi ialah pandangan hadapan. Bentuk bahagian objek yang kelihatan dari pandangan ini diunjurkan kebelakang sehingga mengenai satah menegak hadapan sebagaimana yang ditunjukkan  oleh anak panah kecil.

Rajah 1.0 Lukisan bergambar bagi sebuah objek padu

 Pelan bagi objek ini pula diperolehi apabila objek itu dilihat dari atas seperti yang ditunjukkan oleh anak panah B. Bahagian – bahagian yang kelihatan dari pandangan  ini akan diunjurkan menegak ke bawah objek sehingga mencecah satah mengufuk sepertimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil.

Pandangan sisi objek ini diambil dari arah C ( sebelah kiri objek ). Bentuk objek yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan kesebelah kanan objek sehingga mengenai satah menegak sisi. Untuk menjadikan lukisan ini sebuah lukisan ortografik, kesemua pandangan tadi akan dibentangkan menjadi satu rataan sahaja. 


Rajah 2.0 Kedudukan satah dalam sudut pertama


Rajah 2.0 di atas menunjukkan pandangan hadapan unjuran ini berada di sebelah atas yang selari dengan pandangan sisi, manakala bagi pandangan atas berada di bawah pada kedudukan pandangan hadapan. 

Rajah 2.1 menunjukkan kedudukan satah yang telah dibuka dan berada dalam sudut pertama. Maka lukisan ini dinamakan lukisan ortografik sudut pertama. Setiap gambar rajah hendaklah diberi tajuk agar pembaca tidak keliru.


Rajah 2.1 Kedudukan satah dalam sudut pertama



Simbol Unjuran Sudut Pertama :

                                      


Pemilihan arah pandangan perlu bergantung kepada kedudukan objek :
  •             Pandangan hadapan ,panjang dan tinggi.
  •        Pandangan sisi, lebar dan tinggi
  •       Pandangan pelan, lebar dan panjang


Cara –cara pemilihan pandangan hadapan :
  • Paling panjang
  • Paling banyak objek


Cara – cara melukis unjuran sudut pertama :
  • Pilih pandangan hadapan
  •  Lukis pandangan hadapan
  • Lukis pandangan sisi
  • Lukis pandangan atas


Contoh-contoh lukisan unjuran sudut pertama :
Contoh 1

Rajah 3.0

Rajah 3.0 menunjukkan satu objek yang diletakkan dalam ruang sudut pertama dan dikelilingi oleh satah – satah menegak dan satah mendatar.  


Dari arah pandangan A, B dan juga C lukisan permukaan objek yang terhasil dirakamkan pada setiap satah yang terdapat dibelakang objek.  Kaedah ini menghasilkan konsep MATA – OBJEK – SATAH untuk unjuran sudut pertama.


                                                               Rajah 4.0

Susunan pandangan – pandangan dalam unjuran sudut pertama adalah seperti contoh dalam Rajah 4.0 di atas.  


Pandangan atas adalah selari di bawah pandangan hadapan dan mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi objek.  


Manakala pandangan sisi pula kedudukannya selari dalam kedudukan mendatar dengan pandangan hadapan yang juga mempunyai ukuran panjang , lebar dan tinggi objek.

Contoh 2

Rajah 5.0

Rajah 5.0 merupakan satu objek yang dikelilingi oleh satah – satah menegak dan satah mendatar.  


Dari arah pandangan X, Y dan Z lukisan permukaan objek yang terhasil dirakamkan pada setiap satah yang terdapat dibelakang objek. 

Lukisan Unjuran Sudut Pertama :

Rajah 6.0

Susunan pandangan – pandangan dalam unjuran sudut pertama adalah seperti contoh dalam Rajah 6.0 di atas.  Pandangan atas di bawah pandangan hadapan manakala pandangan hadapan pula di sebelah pandangan sisi.




~SELAMAT MENCUBA~

1 comment: